
Kempori Pengakap PPM Sabak Bernam, Selangor telah diadakan pada 3 hingga 5 Julai 2009 bertempat di Tapak Perkhemahan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam, Selangor.
Seramai 174 orang ahli pengakap kanak-kanak, pengakap muda dan pengakap remaja telah menyertai perkhemahan ini. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi meningkatkan ilmu kepengakapan peserta yang terlibat.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti ikatan dan simpulan, masakan rimba, kem kraf / gajet, asas pertolongan cemas, asas kawad kaki, kembara 6 km, radio amatur, khidmat masyarakat, malam pengakap dan kerohanian.
Kelab Radio Amatur Pengakap Sungai Besar telah membantu di dalam memberi taklimat dan ilmu tentang perkembangan dan cara - cara mengendali radio amatur ini.
Peristiwa yang paling tidak dapat dilupakan oleh peserta perkhemahan ialah apabila tapak perkhemahan dilanda ribut yang kencang pada malam terakhir perkhemahan. Para peserta terpaksa diarah tidur di dalam dewan sekolah SBPI. Banyak khemah yang musnah dalam kejadian tersebut.
Asam garam perkhemahan ini sedikit sebanyak dapat membantu peserta untuk meningkatkan ilmu dan pengalaman yang sebelum ini tidak pernah mereka alami. semoga PPM Sabak Bernam dapat mengadakan program kempori seperti ini pada masa hadapan.
No comments:
Post a Comment