Friday, July 24, 2009

Cogan Kata Pengakap

Cogan Kata Pengakap sentiasa dilafazkan, dihormati dan cogan kata berbeza mengikut unit-unit:

Pengakap Kanak-kanak - 'Buat Habis Baik'

Pengakap Muda - 'Selalu sedia'

Pengakap Remaja - 'Pandangan Luas'

Pengakap Kelana - 'Berkhidmat Selalu'

Logo Pengakap Malaysia


Logo Pengakap Malaysia berbentuk kepala anak panah bercabang tiga. Tiga cabang ini melambangkan tiga prinsip asas di dalam Persetiaan Pengakap. Cabang ke atas melambangkan persetiaan yang pertama, iaitu taat kepada Tuhan, raja dan negara. Cabang ke kanan melambangkan persetiaan yang kedua, iaitu menolong orang pada setiap masa, dan cang yang ke kiri melambangkan persetiaan yang ketiga, iaitu mematuhi undang-undang pengakap.

Ketiga-tiga cabang diikat dalam satu ikatan melambangkan perpaduan di kalangan ahli-ahli pengakap. Ikatan ini juga mengingatkan ahli pengakap untuk membuat kebajikan pada setiap masa.

Bintang pecah 14 yang terletak di tengah-tengah anak panah bagi melambangkan 14 buah negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan.

Bulan sabit dan bintang melambangkan Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Warna hijau, merah dan kuning bermaksud:
warna merah melambangkan keberanian
warna kuning melambangkan kedaulatan Raja
Warna hijau merupakan warna rasmi pengakap

Logo pengakap sentiasa digunakan pada bendera, lencana dan pakaian seragam pengakap.

Kempori Pengakap PPM Sabak Bernam 2009



Kempori Pengakap PPM Sabak Bernam, Selangor telah diadakan pada 3 hingga 5 Julai 2009 bertempat di Tapak Perkhemahan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam, Selangor.

Seramai 174 orang ahli pengakap kanak-kanak, pengakap muda dan pengakap remaja telah menyertai perkhemahan ini. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi meningkatkan ilmu kepengakapan peserta yang terlibat.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti ikatan dan simpulan, masakan rimba, kem kraf / gajet, asas pertolongan cemas, asas kawad kaki, kembara 6 km, radio amatur, khidmat masyarakat, malam pengakap dan kerohanian.

Kelab Radio Amatur Pengakap Sungai Besar telah membantu di dalam memberi taklimat dan ilmu tentang perkembangan dan cara - cara mengendali radio amatur ini.

Peristiwa yang paling tidak dapat dilupakan oleh peserta perkhemahan ialah apabila tapak perkhemahan dilanda ribut yang kencang pada malam terakhir perkhemahan. Para peserta terpaksa diarah tidur di dalam dewan sekolah SBPI. Banyak khemah yang musnah dalam kejadian tersebut.

Asam garam perkhemahan ini sedikit sebanyak dapat membantu peserta untuk meningkatkan ilmu dan pengalaman yang sebelum ini tidak pernah mereka alami. semoga PPM Sabak Bernam dapat mengadakan program kempori seperti ini pada masa hadapan.

Thursday, July 23, 2009

Ahli Jawatankuasa PPM Sabak Bernam

Pesuruhjaya Daerah : : En. Mohd Nor bin Mukhtar
SK Bagan Terap, Sabak Bernam, Selangor.

Pen. Pesuruhjaya (Latihan & Sumber Dewasa) : En. Zakiyuddin bin Abdul Hamid
PPD Sabak Bernam, Sungai Besar, Selangor.

Pen. Pesuruhjaya (Program) : En. Kamal bin Mamat
SBPI Sabak Bernam, Selangor.

Pen. Pesuruhjaya (Perhubungan) : En. Suhaimi bin Mohamad
SK Bagan Terap, Sabak Bernam, Selangor.

Pen. Pesuruhjaya (Pentadbiran & IT) : En. Zainon Abidin bin Musa
SK Seri Makmur, Sungai Besar, Selangor.

Pen. Pesuruhjaya (Kerohanian) : En. Mahyiddin bin Mohd Kormin
SRJK(C) Yoke Kuan, Sekinchan, Selangor.

Pen. Pesuruhjaya (Biro Wanita) : Pn. Normah binti Bakari
SK Khir Johari, Sabak Bernam, Selangor.

Pen. Pesuruhjaya (Pengakap Kanak-kanak) : En. Abdul Hafiza bin Abdul
SK Tun Dr. Ismail, Sabak Bernam, Selangor.

Pen. Pesuruhjaya (Pengakap Muda) : En. Hassan bin Puteh
SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam, Selangor.

Pen. Pesuruhjaya (Pengakap Remaja) : Cik Hasfarina binti Ab. Halim

Pen. pesuruhjaya (Pengakap Kelana) : Pn. Hasliza binti Abdul Wahab